R32 · R410A · R22 · UJIAN BOCOR · KL · LEMBAH KLANG

Topup Gas Aircond Rumah di KL — dari RM158

Kalau aircond tiup angin panas, gas rendah salah satu punca — tapi Marvel cari bocor dahulu, sebab sistem tertutup tak sepatutnya hilang gas sendiri. Kami uji tekanan, baiki bocor, baru topup R32, R410A atau R22 ke tekanan betul dan sahkan kesejukan sebelum balik. Harga topup penuh RM158 untuk unit 1–1.5HP, atau RM2.50 se-psi untuk topup kecil. Di KL dan Lembah Klang. WhatsApp +60 11-6068 7085.

Ujian bocor disertakan — kami tak topup dan balik.

Melayani Lembah Klang sejak 2014 Juruteknik berdaftar Harga jelas Ujian bocor disertakan Slot minggu sama
Kenapa ujian bocor penting

Aircond tertutup tak sepatutnya hilang gas sendiri

Sistem tertutup tak sepatutnya perlu topup berkala. Kalau rendah, gas bocor. Topup tanpa cari bocor bermakna beberapa minggu lagi bayar lagi, dan compressor kerja kekurangan gas. Kami uji tekanan, cari dan baiki bocor, baru topup. Jika bocor di alat, ia jadi baiki aircond.

Apa yang kami buat

Uji tekanan → baiki bocor → topup → sahkan sejuk

Kenal pasti jenis gas (R22, R410A atau R32), uji tekanan, baiki titik bocor, topup ke tekanan betul, sahkan kesejukan. Tolok boleh dilihat semasa topup.

Harga topup gas

Dikira ikut HP unit, dengan pilihan kadar per-Psi untuk topup kecil. R22, R410A dan R32 semua diliputi.

TopupHarga
Topup penuh, 1 – 1.5 HP (kebanyakan unit dinding rumah)RM 158
Tambah setiap +0.5 HP melebihi 1.5 HP+ RM 28
Tambah setiap +1 HP melebihi 1.5 HP+ RM 48
Topup kecil, per PsiRM 2.50

Contoh: unit dinding 2 HP = RM 158 + RM 28 = RM 186. Unit 3 HP = RM 158 + RM 48 + RM 28 = RM 234. Kadar per-Psi sesuai untuk topup kecil bila sistem hanya perlu tambah beberapa Psi.

Jenis gas (R22, R410A atau R32) disahkan sebelum topup. Jika bocor dijumpai, baikan bocor dipetik berasingan — lihat baiki aircond.

Kawasan liputan

Seluruh Kuala Lumpur dan Lembah Klang

Kuala Lumpur Petaling Jaya Shah Alam Puchong Cheras Subang Jaya Ampang Klang Mont Kiara Bangsar Damansara
Soalan lazim

Soalan topup gas

Berapa harga topup gas aircond rumah?
RM158 untuk topup penuh unit dinding 1–1.5HP (kebanyakan bilik rumah). Unit 2HP RM186 dan 3HP RM234. Kalau sistem cuma kurang sedikit, kami caj RM2.50 se-psi. Jenis gas (R32, R410A atau R22) disahkan dulu, dan harga dimaklumkan sebelum mula.
Berapa psi gas aircond rumah yang normal?
Sebagai panduan kasar, bacaan tekanan rendah (low side) semasa unit berjalan biasanya sekitar 60–80 psi untuk R22, 110–140 psi untuk R410A dan 115–150 psi untuk R32. Angka tepat bergantung pada suhu luar, beban bilik dan model, jadi juruteknik kami sahkan dengan bacaan suhu dan arus juga, bukan psi sahaja.
Berapa kerap aircond perlu topup gas?
Tak sepatutnya perlu langsung. Aircond ialah sistem tertutup, jadi gas tak “habis” macam minyak kereta. Kalau gas rendah, ada bocor — biasanya di sambungan flare atau coil. Sebab itu kami cari bocor dulu, supaya anda tak bayar topup berulang kali.
Gas apa unit saya guna?
Unit baharu kebanyakannya R32, banyak unit 2005–2019 guna R410A, dan unit lama R22 (sedang dihapus). Jenisnya tertulis pada plat nama unit luar. Kami semak dan topup jenis yang betul — gas tak boleh dicampur.
Apa tanda gas aircond kurang?
Angin kurang sejuk walaupun kipas kuat, ais atau fros pada paip kecil di unit luar, unit berjalan lama tanpa capai suhu, dan bil elektrik naik. Tanda yang sama boleh datang dari coil kotor, jadi kami uji dulu sebelum topup. Baca juga 10 punca aircond tak sejuk.
Berapa lama topup gas ambil masa?
Biasanya 30 hingga 60 minit seunit termasuk ujian tekanan dan ujian sejuk. Kalau bocor perlu dibaiki dulu, masa bergantung pada lokasi bocor — kami beritahu selepas diagnosis.

Aircond tiup angin panas?

Kami cari bocor dulu. Kemudian topup ke tekanan betul dan sahkan sejuk.