TAK SEJUK · BOCOR · TRIP MCB · BERBUNYI · KL · LEMBAH KLANG

Baiki Aircond di KL & Lembah Klang

Kalau aircond rumah anda tak sejuk, bocor air, trip MCB atau berbunyi, Marvel diagnosis punca sebenar dan beri harga sebelum apa-apa kerja. Kami liputi KL dan Lembah Klang, bawa alat ganti biasa untuk baikan satu lawatan, dan setiap baikan ada waranti 30 hari. Aircond rumah dan komersial sahaja — bukan aircond kereta. WhatsApp +60 11-6068 7085.

Panggilan tak sejuk diutamakan di KL & Lembah Klang.

Melayani Lembah Klang sejak 2014 Juruteknik berdaftar Harga jelas Waranti 30 hari Panggilan tak sejuk diutamakan

Bila aircond tiup angin panas atau kurang sejuk, kami cari punca sebenar, bukan sekadar topup gas dan pergi.

Simptom yang kami baiki

Punca-punca biasa aircond bermasalah

Kenapa aircond tak sejuk?

Selalunya gas rendah sebab bocor, cooling coil tersumbat, atau compressor lemah. Kami cari yang mana.

Kenapa aircond bocor air?

Saliran tersumbat, dulang air kotor, atau coil beku yang cair. Dibersih dan dikemas.

Kenapa aircond trip MCB?

Kapasitor, PCB, compressor atau pendawaian — diuji selamat sebelum tukar alat ganti.

Kenapa aircond berbunyi?

Bearing compressor atau kipas haus, pemasangan longgar, atau motor lemah.

Kenapa aircond berbau?

Kulat dalam coil dan blower — dibersih dengan chemical service atau overhaul.

Kod ralat inverter?

Kami baca kod dan kesan papan atau sensor yang bermasalah.

Kenapa topup gas saja tak selesai

Gas hilang sendiri = ada bocor

Topup tanpa cari bocor bermakna beberapa minggu lagi tak sejuk semula, dan compressor kerja kekurangan gas. Kami uji tekanan, cari bocor, baiki, baru topup gas.

Harga baikan

Harga jelas, tiada caj tersembunyi

Baikan bermula dengan lawatan diagnosis & troubleshooting kadar tetap. Juruteknik buka unit di tapak, kesan punca sebenar (bocor gas, kapasitor, PCB, sensor, compressor, saliran), dan beri sebut harga tetap sebelum tukar alat ganti. Yuran diagnosis dikreditkan ke kos baikan jika anda teruskan.

Diagnosis & troubleshooting

Jenis unitNon-inverterInverter
Wall mountedRM 88RM 128
Ceiling cassetteRM 138RM 178
Ceiling exposedRM 138RM 178
Ducted / FCURM 188RM 228

Unit inverter ambil masa lebih lama untuk diagnosis kerana PCB / papan inverter — yuran mencerminkan kerja tambahan ini.

Tambahan baikan biasa

  • Topup gas dengan ujian bocor — lihat harga topup gas.
  • Baiki saliran / bocor air — dipetik selepas pemeriksaan, biasanya RM 80–180.
  • Gantian kapasitor / motor kipas / sensor — kos alat + upah, disahkan sebelum kerja.
  • Gantian PCB atau compressor — dipetik mengikut model; kami beritahu jujur kalau tak berbaloi dibaiki.
  • Baiki bocor refrigerant / overhaul — dipetik selepas pemeriksaan.

Jika unit tak berbaloi dibaiki, anda hanya bayar yuran diagnosis — tiada paksaan teruskan.

Baiki atau ganti?

Bila patut baiki, bila patut ganti

Unit 10+ tahun, guna R22, perlu tukar compressor atau coil — kos baiki selalunya lebih separuh harga unit baharu. Kami beri nombornya. Jika ganti lebih berbaloi, lihat pemasangan aircond.

Kawasan liputan

Seluruh Kuala Lumpur dan Lembah Klang

Kuala Lumpur Petaling Jaya Shah Alam Puchong Cheras Subang Jaya Ampang Klang Mont Kiara Bangsar Damansara
Soalan lazim

Soalan baiki aircond

Aircond tak sejuk, gas saja ke?
Kadang ya, tapi unit yang hilang gas ada bocor. Kami uji tekanan dulu.
Caj jika tak boleh baiki?
Bayar yuran diagnosis sahaja; kami beritahu awal jika unit tak berbaloi dibaiki.

Aircond tak sejuk?

Kami utamakan kes tak sejuk. WhatsApp Marvel atau telefon sekarang.